Saturday 26 November 2011

Salam Tahun Baru Islam '1433 Hijrah'

MASA MENCEMBURUI KITA,
BERGANTI TAHUN SEKEJAP CUMA,
TAHUN BARU SUDAH MENJELMA,
SEMOGA AMALAN BERTAMBAH JUA,
SALAM UKHWAH AWAL MUHARAM,
BUAT TEMAN-TEMAN SEMUA.

Sunday 20 November 2011

Kisah Lama

Diawal remaja,
Pernah satu ketika hati meronta-ronta,
Mesti dipenuhi apa yang dipinta,
Jika tidak muncung sedepa,
Paling tidak mogok lapar,
Atau mengurungkan diri sepanjang masa,

Tidak terfikir, perasaan ayah bonda,
Begitu juga saudara yang memendam rasa,
Masa itu, fikiran dan perasaan hak kita saja,
Tidak peduli nasihat datang menerpa,

Ha ha ha, kelakar rasanya,
Itu cerita lama,
Kini baru tahu dunia sebenar,
Hidup bagaikan roda,
Pasti akan melalui apa yang ayah bonda rasa,

Maafkan anakanda, ayah dan bonda,
Pemikiran menguasai perasaan ada masanya,
Mementingkan diri, tanpa usul periksa,
Tapi kini anakanda faham segalanya,
Kuasa Allah menetukan nya,

Didikan ayah dan bonda,  akan anakanda abadikan,
Memelihara waris keturunan yang sedia ada,
Menjadikan mereka insan berguna,
Berbakti, beramal di dunia dan akhirat,
Mencari keredhaan dan kerahmatan dari PENCIPTANYA.

Desikasi buat ayahanda Mohamad Seri Bin Jusoh,
Dan bonda tercinta Tohsiah Binti Haji Hasbullah.

Friday 18 November 2011

'Realiti Perasaan'

Semasa bayi, keperluan melebihi hadnya,
Zaman kanak-kanak, yang diminta mesti ada,
Zaman  remaja, memberontak ada masa,
Bila dewasa, faham alasannya,

Hidup bagaikan roda,
Jatuh dan bangun, tak tentu masa,
Tangis dan tawa, sifat manusia,
Suka dan duka, mengikut masa,
Sakit dan sihat, ada hiklmahnya,
Miskin dan kaya, resam dunia,

Berniat baik, banyak pahala,
Sering berdoa, dekat padaNya,
Redha dalam ujian melanda,
Sentiasa Ikhlas, hati puas terasa,
Jadilah Insan yang benar berguna.

Saturday 14 May 2011

'Kau Yang Bergelar Insan'

Kau yang bergelar insan,
Penyatuan dari dua insan,
Insan lelaki dan perempuan dipertemukan,
Dengan satu ikatan,

Sedarlah kau insan,
Seawalmu,
Bermula dari sebuah perhentian,
Ampula melambai-lambaikan tangan,
Memanggil Ovum ke pelabuhan,
'Marilah Ovum, Marilah ke pelabuhan',
Sperma sedang menanti diperhentian,

10 sentimeter panjangmu bukan jadi penghalang,
Ovum dan Sperma di....tiub Fallopian...
Mula disatukan, Zigot diberi gelaran,

Buat pengetahuan insan,
Hari pertama, Zigot bergerak perlahan,
Silia memberikan bantuan,
Uterus tempat tujuan,
Sel Zigot mula dibahagikan,

Pecahan demi pecahan berterusan,
Hingga ke seluruhnya tertanam di Uterus,
Proses demi proses berlanjutan, Implantasi himgga ke Desidua dibentukkan,
Embrio membesar dalam kandungan,

Pembentukkan Fetus mengambil bahagian, Ectoderm, Mesoderm dan Endorderm,
Satu demi satu proses berjalan,

Amniotic Sac memberikan perlindungan,
Yolk Sac memberikan makanan melalui resapan,
Connecting Stalk membuat pembentukkan,

Kau yang bergelar insan,
Masa terus berjalan,
16 minggu janin bergerak dalam kandungan,
20 minggu 'Dup!, Dup!, Dup!, Jantung mula kedengaran,
40 minggu engkau dilahirkan,

Tidak semudah yang disangka,
Peringkat demi peringkat dirasa,
Kontraksi uterus , hingga separuh Os terbuka,
Diikuti....
Pembukaan Os sepenuhnya dan kelahiran...
Dan bayi dilahirkan,

Tangisan nyaring mula kedengaran,
Air mata ibu bertitisan, 
Disambut doa kesyukuran,
Lengkaplah sebuah kelahiran,
Bermulalah sebuah kehidupan,

Lantas...engkau diberi gelaran.....Insan...

Kenangan buat 'Group 2/99' Kolej Kejururawatan Pulau Pinang.
Tempat Pertama Dalam Mendeklamasikan Sajak 'Cabaran Anatomy & Physiology' Bahagian Management Group 2/99
27hb Januari 2002.
Miss U all......thanks for the support.....

'Seruan Buat Teman'

DEDIKASI BUAT SEMUA JURURAWAT
WALAU DIMANA ANDA BERADA....

Teratur LangkahMu Menuju Arah,
Membawa Semangat Berhati Waja,
Tenaga Nan Jitu Tersemat Di Dada,
Membuak-buak Menahan Rasa,

Peduli Kata Mereka,
Biar Ada Yang Mencerca,
Kerja Kita Kerja Hina,
Biar Ada Yang Mengata,
Kita Kasar Dalam Berbicara,
Biar Ada Yang Mengata,
Senyuman Kita Lakonan Cuma,
Biar Ada Yang Mengata,
Kita Makan Gaji Buta,

Tapi Itu Segelintir Cuma,
Ingatlah Wahai Teman,
Seribu Yang Membenci, Sejuta Yang Menyayangi,
Profesional Kita Tidak Tergugat Sama Sekali,

Bangkitlah Wahai Teman,
Mari Kita Menyahut Cabaran,
Membalas Kata-Kata Nista Mereka Yang Enggan Memahami,
Mari Bersama Kita Berjuang,
Tegakkan Ketidakadilan,
Kita Ubah Persepsi Mereka,

Biarlah Hina Di Mata Mereka Tapi Mulia Disisi Nya,
Kasar Berbicara Diasah Lembut Didengar,
Senyum Dipandang Mereka, Walau Hati Luka Bernanah,
Rezeki Yang Diperolehi, Biar Tuhan Yang Menimbalnya,

Usah Dikotori Etika Kerjaya  Kita Ini....Sayangilah Ia...
Usah Dicemari Professional Yang Mulia Ini.....Agungilah Ia....
Mulakan Langkah Dengan Penuh Keyakinan,
Lakukan Transformasi Demi Satu Kejayaan,
Kita, Pasti Dihormati,
Kita, Pasti Disanjungi,
Kita, Pasti Dikasihi.

6hb April 2011 @ 11.00a.m Sempena Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Sambutan Hari Jururawat , HTJS

'SELAMAT HARI JURURAWAT'

Maaf Andai Ada Yang Terasa...
Ini Cuma Luahan Rasa Saya...